Wednesday 14 December 2016

GERAK GERAK GERAK KE PATTAYA KITA

RIDE TO PATTAYA
25 AUGUST 2016 - 1 SEPTEMBER 2016

GAMBAR OLEH CAH@NEK HAHAHAH..4000KM PERGI DAN BALIK

TARIKH         : 25AUGUST2016 - 1SEPTEMBER2016
DESTINASI   : PATTAYA, THAILAND
JENTERA      : YAMAHA 135LC
AHLI              : CAH@NEK, HUSNUL@TANDOK, DUDE@ZUL, AMIN DAN AZMI

Perjalanan kali ni aku rasa yang paling jauh dan paling menguji cabaran pada semua yang terlibat, haaa mana taknya..sebelum keputusan terakhir untuk lokasi ride, jumlah hari, checkpoint, kiraan bajet dimuktamadkan dan dipersetujui banyak kali mesyuarat dah diadakan, hingga seminggu sebelum bergerak nak ride pun masih lagi dengan mesyuarat tergempar antara ahli secara senyap-senyap..hahahahaha..Kira-kira 10 kali mesyuarat diadakan untuk menyakinkan semua ahli ride yang akan terlibat..cehhhh daripada gaya cerita ride ni macam gempak je kan..Dan sehinggalah saat-saat akhir sebelum ride, mesyuarat tetap diadakan lagi..hahaha..itupun mesyuarat dalam group whatsapp masih berterusan..kakakakah..tak habis-habis dengan mesyuarat..Cerita pasal mesyuarat ni tak henti-henti, kalau nak tau kena baca sampai habislah..kekekkeh.. 

Walau macam mana pun ride perlu diteruskan tak kira apa pun terjadi..nampak tak abang dengan geng-geng nak bagi semangat kat diri sendiri supaya tak "down" sebelum pergi. Sebabnya bila diikutkan dalam peta memang nampak dekat. Cuba tengok realiti memang tak logik 5hari sejauh 3000KM hingga 4000KM pergi balik..ingat abang bawak superbike ke ape..tapi kita mesti cuba, tak cuba tak tau kan..ok..memang tak logik bak kata CAH..hahahaha.. nak tau CAH@NEK tu siapa..kena baca sampai habislah kan..hahahaha..banyak pula hahahaha nya..

Yang sebenarnya rancangan awal nak pergi lagi jauh bukannya PATTAYA, kalau diikutkan HUSNUL@TANDOK nak je terus ke sempadan LAOS kat pintu sempadan bandar Vientiane...tapi tula jangan buat perkara tak logik. Cuti 2 hari nak pergi jauh-jauh..kene gelakkan je dengan CAH..total cuti yang diperlukan untuk sampai sejauh tu mungkin 8 hari paling-paling kurang pun kan..ini setakat 5hari memang tak sempat.Setelah perbincangan demi perbincangan, keputusan muktamad kita orang semua bersetuju untuk ke BANGKOK dan seterusnya PATTAYA. Tapi lebih keutamaan adalah terus menuju PATTAYA, BANGKOK hanyalah laluan ke PATTAYA setelah diteliti dengan lebih lanjut. Tapi ada orang dah post kt FB dia nak ke BANGKOK je..hahahaha..

Semua yang terlibat 5orang je..siap guna tagline "kami tak ramai tapi kami ada" cewahhh..haa gitu.. Yang memang confirm aku laa siapa lagi (AZMI), CAH@NEK, AMIN, ZUL@DUDE DAN HUSNUL@TANDOK.Seminggu sebelum ride tu, masing-masing dah ready dengan jentera YAMAHA 135LC yang boleh dikategorikan sebagai jentera otai dah. Mana taknya semua motor ni lebih 7-8tahun dah usia tanpa major servis, motor abang jelaa dah rebe coverset pakai kabel tie lagi ikat.. Cuma CAH jelaa pakai motor baru keluar kedai meter jarak pun tak sampai 50km..,haaa sebabnya dia mula-mula nak bawak 125Z..eahhh tetiba ada sebiji 125Z mana nak sama tuang minyak nanti, nak rancang pit stop lagi..haaa.. Last2 dia bawak motor adik dia baru keluar kedai..


KHAMIS, 25 AUGUST 2016 / DAY 1

Tepat jam 0530 ptg, aku memang tak bagi peluang nak lengah-lengah sebab teruja nak ride, dah siap awal-awal lagi dari pagi kot kt office ni,balik keje je terus bergegas menuju R&R Skudai. Abang ingatkan dah awal laa kan sampai situ sekali Amin lagi awal dari abang. Lebih kurang jam 0600 ptg lepas tuang minyak semua, aku berdua terus gerak menghala ke Air Hitam. Sebabnya Cah tunggu bawah jejantas susur Tol Air Hitam, Kluang sebabnya die dari Kluang ambil motor adik die yang asalnya die dari Pekan turun Kluang laa kirenya..haa gitu.


RNR SKUDAI DENGAN AMIN LEBIH KURANG JAM 6 PETANG GERAK

Dekat Air Hitam Cah dah tunggu..Sampai je bawah jejantas susur Air Hitam tu, dah nampak kelibat Cah. Berhenti je bawah tu, Amin rokok sebatang sambil berbual jap dengan Cah, Cah dengan Amin jelaa hisap rokok..abang tak hisap rokok ok...jaga kesihatan katakan..haa gitu..Yang masalahnya sekarang 'side mirror' motor Cah skru hilang, handle moto x kunci ketat, goyang katanya nak bawak laju, belum biasa bawak lagi sampai nak jatuh katanya mula-mula bawak Tak habes membebel, dah laa sebat penunggang agama pastu tau takut nak keluar dari Kluang..haha

Dah rehat-rehat lebih kurang 10 min, kali ni dah bertiga terus ride ke Ayer Keroh. Kat Ayer Keroh pulak barulah Husnul dengan Dude tunggu situ. Lebih kurang pukul 830malam sampai Ayer Keroh menunggu kemunculan Dude dengan Husnul. Huhhhh..tunggu punya tunggu Dude je yang muncul..hahahaha..Husnul keje lagi katanya Jumaat tu, tak boleh nak buat apa laa kan. Kite orang berempat gerak dulu laa sampai Bukit Kayu Hitam kalau macamtu..haaa esok Husnul keras laa gerak sorang-sorang nak ke sampai Bukit Kayu Hitam.


R&R AYER KEROH MASA NI AKU DAH LAPAR KE NASI..HAHAHA SEMPAT LAA MAKAN NASI AYAM

R&R AYER KEROH DUDE JE YANG SAMPAI, HUSNUL GERAK ESOKNYA PETANG JUMAAT



GAMBAR KENANGAN LEBIH KURANG 1015 MALAM SEBELUM BERGERAK KE HENTIAN SETERUSNYA IAITU R&R SEREMBAN 


JUMAAT, 26 AUGUST 2016 / DAY 2

Bila dah sampai R&R Dengkil ni kiranya dah masuk hari kedua ride..Lebih kurang jam 1200 lebih sampai R&R Dengkil ni. Baru +-105km bila kira jarak dari Ayer Keroh tadi tu. hahaha..baru sampai sini kot..Jauh lagi perjalanan ni kalau nak diikutkan..Tapi abang dah lebih dah 100km sebab abang gerak dari Skudai kan dengan Amin berdua..Ada laa dalam 200km abang ride dah ni..
R&R DENGKIL JAM 1215 PAGI HARI JUMAAT SEBELUM TU DARI SEREMBAN PUKUL 11 MALAM

R&R DENGKIL DAN MASIH LAGI BERTENAGA

Bila berhenti je rehat kat R&R terus rehat secara berjemaah..hahahha..sekali rehat setengah jam..haaa tu yang kat Dengkil ni sampai dah pukul 1215 pagi. Gerak semula lebih kurang pukul 1230 ke R&R Rawang.

R&R RAWANG JAM 0120 PAGI...REHAT LAMA SANGAT 

R&R RAWANG JAM 0120 PAGI...REHAT LAMA-LAMA SIAP MAKAN KEROPOK LAGI KAT SINI

R&R RAWANG JAM 0120 PAGI...HAHAHA..BARING TERUS BETULKAN PINGGANG

R&R RAWANG JAM 0120 PAGI...HAHAHA..BARING TERUS BETULKAN PINGGANG
R&R RAWANG JAM 0120 PAGI...HAHAHA..DUDE SELFIE

R&R RAWANG JAM 0120 PAGI

R&R RAWANG JAM 0120 PAGI

R&R RAWANG JAM 0215 PAGI...REHAT LAMA-LAMA SAMPAI LEBIH SETENGAH JAM BARU NAK GERAK, SETERUSNYA KE R&R TANJUNG MALIM..HAA NI AKU LAK YANG SELFIE

NI BAWAH JEJAMBAT LEPAS R&R TANJONG MALIM MENUJU R&R TAPAH, LEBIH KURANG JAM 0320 PAGI HAAA..DAH MULA LENGUH-LENGUH PINGGANG DAH MASA NI TU YANG MAIN BERHENTI JE MANA-MANA..TENGOK KELILING HUTAN, TAK TAU LAA KAT MANA NI..HAHAHAHA..
CAH DENGAN TOPENG DIA.

AKU SELFIE KAN JE, ASALKAN ADA GAMBAR KENANGAN..HAHAHA..BUKAN SENANG NAK BUAT KERJA-KERJA GILA CAMNI.

WALAU MACAM MANA PUN BEBRUAL TETAP BERBUAL..BELUM  NAK START MESYUARAT LAGI NI..HAHAHAHA

MACAM DAH START MESYUARAT JE TU..KAKAKAKAH

AKHIRNYA SAMPAI R&R TAPAH..JAM 0345 PAGI KOT..HUHHHHH LETIH BAK HANG

R&R TAPAH..SEBAT NASI LEMAK AYAM..TAK BAGI PELUANG..SAMBIL MAKAN, SAMBIL MESYUARAT JADI PEMBANGKANG..HAHAHA PASTU KUTUK AKU..CAKAP 5MIN SEKALI BERUBAH FIKIRAN

R&R SUNGAI PERAK, LEBIH KURANG JAM 0700 PAGI BARU SAMPAI..SAMPAI KE CERAH 

R&R SUNGAI PERAK, HAHAHA TERUS MELEPEK TIDO..SEDAP PULAK TU TIDO KAT SINI

DAH NAK GERAK..SIAP-SIAP SEMUA

PAPAN TANDA JAMBATAN SUTAN AZLAN SHAH BERSAMA JENTERA OTAI JJV132..HAHAHA

SUNGAI PERAK

VIEW DARI DECKING SUNGAI PERAK

PAPAN TANDA JAMBATAN SUTAN AZLAN
R&R GURUN JAM 1230 TENGAHARI,..SELEPAS LENCUN MEREDAH HUJAN DARI TOL JURU..HAAA TERUS JE BERHENTI SINI LEPAK RAMLY BURGER..HENTAM AYAM DIA...

LEBIH KURANG JAM 0200 PETANG, JUMAAT 26 OGOS 2016...BERGERAK DARI R&R GURUN KE CHANGLUN.. WAKTU DALAM PERJALANAN KE CHANGLUN NI..SELFIE SIKIT..

PEKAN CHANGLUN DALAM JAM 0330 PETANG LEBIH KURANG LAA NI..MASA NI TENGAH BUAT INSURAN MOTOR SEMUA TU..LENCUN BAKHANG DARI TOL JURU SAMPAI CHANGLUN MEREDAH LANGIT GELAP
Masa kat tempat insuran ni, Husnul baru call cakap die gerak petang jumaat ni naik bas,..hahahaha..yang jadi masalahnya motor die bas lain, dia pulak bas lain..boleh suruh kita orang pickup Motor die kat Bustand Changlun..Semua dah nak masuk Thailand kot. Tak boleh buat apa laa kan..sory laa Husnul..hahahaha..Tak tau laa die setle macam mana tu janji esok dia kena sampai awal-awal..kalau lambat tinggal..hahahha


BERGAMBAR DEPAN CIQ MALAYSIA SATU

BERGAMBAR DEPAN CIQ MALAYSIA SATU

NI BARU LEPAS IMIGRESEN MALAYSIA

CAH BERATUR NAK COP PASPORT

HAHAHAH SUKA DIA, MUKA ADA SENYUM..PADAHAL HURU HARA NAK DAPAT KE COP PASPORT..

PERMANDANGAN CIQ THAILAND

PERMANDANGAN CIQ THAILAND
AKHIRNYA LEPAS DAH CIQ THAILAND NI...HAHAHA MACAM-MACAM  HAL KAT KAUNTER TU..TAK PAHAM BAHASA ENGLISH KE APE DIEORANG NI..KAKAKAH
GAMBAR YANG PENTING..DUDE


DAH LEPAS BORDER MALAYSIA-TAHILAND, NI PEKAN DANOK..TAK JAUH DARI CIQ THAILAND..TENGAH CARI NO TEL. THAILAND

APA LAGI GAMBAR LAA DULU..HAHAHA

APA LAGI GAMBAR LAA DULU..HAHAHA


Dah lepas je semua urusan kat imigresen Malaysia dengan Thailand tu perkara pertama yang kita orang buat adalah cari no tel. Thailand. Nak guna data internet senang laa nak cari maklumat, nak google maps hahaha..nak cari jalan, cari hotel, kedai makan..nak contact sesama sendiri, nak search nearby kat wechat hahahahha,..ok tipu je..kakakakah.. dapat laa beli no tu harga dalam 350baht lebih kurang 30-40ringgit malaysia..untuk 6hari..sehari 1.5gb camtu.haaa youtube percuma.. Tapi apa kejadahnya nak tengok youtube kan, kalau nak tengok youtube baik duduk rumah je

Bila dah ada internet, haaa baru laa kita orang semua cari kat mana nak tidur..badan pun dah busuk gila..macam belacan dah bau. Mau taknya dah dekat 24jam atas jalan raya dari cerah ke gelap, pastu cerah semula...Panas hujan panas hujan macam tu lebih 5kali ulang. Dah jadi ikan masin musim tengkujuh dah aku rasa masa tu..OK..bab hotel penginapan kita semua serahkan pada dude. Sebab die suka kan ushar harga hotel kat mana ntah..kat trivago kot. Ke kat lagi satu tu tak ingat lak apa nama web tu. Last-last ushar punya ushar dapat review satu hotel ni SIAMTHANA hotel..terus lelaju pergi hotel tu tengok harga. Abang dah tak tahan nak mandi nak baring sebenarnya. 


NI LAA HOTEL SIAMTHANA DANOK..MUNGKIN ANTARA HOTEL YANG STANDARD LAA KAT DANOK NI...(GAMBAR DARI WEB SIAMTHANA) SEBAB DAH TAK PIKIR NAK SNAP GAMBAR DAH MASA KAT HOTEL NI



Belum masuk lagi dalam hotel nak tanya harga, pak guard kat parking basement dah panggil-panggil siap offer jimak, jimak tulaa tak tahan..dia siap cakap ramai orang Malaysia datang cari mende tu..tapi abang dengan geng-geng bukan jenis macam tu..silap orang laa die offer mende camtu,massage ke apa kan..hahahha.. tak da keje nak urut-urut ni. Kita orang semua ada misi nak diteruskan kan..Tak buat perkara-perkara tak bermoral macam tu..hahahha..

Aku berempat on je hotel ni sebab dah kira murah laa, dalam 600-800baht je satu malam..lebih kurang 70-80 ringgit je laa kot sebilik. Bilik yang abang duduk tu siap ada bath tab kot..boleh berendam gitu..tapi dah penat mana maunya nak berendam. Dude jelaa berendam kalau nak kan. Lagi satu bilik standard je takda bath tab sebab Cah dengan Amin taknak...hahahaha.. Banyak menda lagi nak buat, xda ke berendam nya Cah cakap..





(GAMBAR DARI WEB SIAMTHANA) SEBAB DAH TAK PIKIR NAK SNAP GAMBAR DAH MASA KAT HOTEL NI
(GAMBAR DARI WEB SIAMTHANA)  BILA TENGOK MESTI TERINGAT KENANGAN KAT SINI HAHAHA
(GAMBAR DARI WEB SIAMTHANA)  SIAPA SUKA BOLEH BERENDAM HAHAHAHA

Lebih kurang dalam pukul 0600 petang waktu Malaysia dah check in semua siap, sempat laa rehat sejam. Pukul 0730 malam jam Malaysia pun suasana cerah lagi sebab lambat sejam kan waktu Thailand ni dari Malaysia. Haaa lepas ni terus kena ikut waktu Thailand..senang nak bajet perjalanan, bajet waktu azan semua tu kan.. Jam 0730 waktu Thailand baru laaa langit gelap. Terus keluar ada makan-makan kat lobby hotel free nasi goreng sekali pakej bilik. Esoknya sarapan pun sekali pakej, dah jimat laa kan kat sini untuk makan. Lagipun nak cari makanan lak satu keje kan, pagi-pagi esoknya sarapan terus boleh sebat sampai kenyang. Haa malam pertama ni pun tak lama lepak, lebih kurang jam 1000 abang dah masuk bilik tidur terus. Esok nak ride jauh kot.. Pagi-pagi lepas subuh dah kena bangun tunggu Husnul terus gerak gerak gerak..

DANOK DI WAKTU MALAM BERSAMA DUDE

HAHAHAHA..AKU MEMANG SUKA MEREPEK.. BOS JDT DI DADA

KEDAI JUAL T-SHIRT POLICE MURAH..NAK BALIK MALAYSIA BARU PERGI BELI..PADAHAL KAT HATYAI LAGI MURAH..BUTIK POLICE TU TERUS

DANOK DI WAKTU MALAM

DANOK DI WAKTU MALAM BERSAMA DUDE

SABTU, 27 AUGUST 2016 / DAY 3

Jam 0700 pagi lagi Husnul dah wasap cakap dah kat border..hahaha laju sungguh..ingatkan main-main dah sampai..Naik bas bolehlah die rehat kan..dari Melaka dia cakap lebih kurang RM110 pos motor dalam bas, tambang orang pulak dalm 80 kot..lebih kurang RM200 laa camtu. Bila Husnul dah sampai semua dah ready kemas-kemas ada pulak kejadian lagi yang menguji semangat kerjasama,..hahaha kunci Motor Dude hilang.. Masa ni dah pening apa nak buat. Husnul wasap dalam group, suh Cah jangan main-main sorokkan kunci Dude..kakakakah.. Cah kene tuduh sorokkan kunci..padah kunci hilang..

Dengan abang-abang dapat bala,..jari terhiris pisau cukur..darah tak berhenti mengalir... macam mana ntah pisau cukur tu ada dalam beg tak letak dalam bekas..menggagau nak cari kunci..kot-kot ada dalam beg abang..abang yang mendapat..hahahha kunci tak jumpa-jumpa lagi.. pening jap pikir.. turun sarapan dulu apa-apa hal..sambil tunggu Husnul sampai.. nak mesyuarat..hahaha tak habis-habis mesyuarat..

Dah abis tanya semua pakguard, memang tak nampak..Dah pikir nak bukak je handle motor tu, patahkan tengkuk motor tu..bukak kunci, bukak solex..baru je nak jalankan kerja-kerja tu.. Haaa selamat muncul receptionist tanya, tunjuk kunci betul tak yang die jumpa. selamat betul kunci motor dude,,kalau tak modal lagi nak betolkan..Dude dah taknak join ride dah kalau tak...hahahaha..Ntah kat mana yang tercicirnya kunci dia tu..


PERMANDANGAN HUTAN DI SEMPADAN MALAYSIA DARI BILIK HOTEL...MUNGKIN KAWASAN SINTOK SANA TU

NI JE JUMLAH SEBENAR DUIT ABANG BAWAK..HAHAHA..KIRA LAA SENDIRI...NI DAH KAT HOTEL..NANTI ABANG UP GAMBAR HOTEL NI KAT BAWAH..

SELFIE DULU DALAM BILIK HOTEL

SEMANGAT KAN..KAKAKAKAH

Jam 0800 pagi lebih kurang laa tu kan..Bermula la ride yang sebenarnya di jalan raya Thailand. Haaa..dari Danok ke  Hatyai


PERJALANAN BERMULA

CAH DAN AMIN


MAT TOPENG


HARGA MINYAK THAILAND..PAM MINYAK SHELL LAST BERDEKATAN SEMPADAN


































AHAD, 28 AUGUST 2016 / DAY 4





















ISNIN, 29 AUGUST 2016 / DAY 5




SELASA, 30 AUGUST 2016 / DAY 6


RABU, 31 AUGUST 2016 / DAY 7



KHAMIS, 01 SEPTEMBER 2016 / DAY 8

No comments:

Post a Comment