malam bulan indah menerangi jangan lupa pada sang mentari,
dalam dada walau ilmunya tinggi jangan lupa pada yang memberi,
dalam mata banyak bahasa cinta jangan leka pada muslihatnya,
dalam darah mengalir banyak sejarah cuba kau selak zat dan ilmunya.
jangan kau ketawa dalam langsung terpedaya
jenaka
opera
dunia
Kerna hamba pernah kecewa
dan merasa hiba
cuma belum pernah berkongsi punca
dan ceritanya
Hamba juga pandai berkata
bermain bahasa
cuma belum pandai menguris rasa
dan menghukumnya,
Dan tak mahu pandai
menikam dada mencemar jiwa....
ya apakah masih
syurga dunia kan menaburkan cinta abadi
ya apakah mungkin
jiwaku lemah untuk menjulang cintamu kekasih
apakah harus memikirkan diri merelakan segala...